Luka

Luka adalah belah (cedera,lecet,pecah) pada kulit yang disebabkan oleh trauma.Trauma boleh berlaku secara tidak sengaja atau berniat demikian, seperti proses pembedahan yang tidak dapat dielakkan.

Maka, luka ringan bukan sahaja terhad kepada potong pisau, jatuh, lelas, lecur atau gigit serangga. Tetapi ter-masuklah luka ringan selepas bersalin secara normal, berkhatan, suntikan & sebagainya.

Pemulihan ialah proses pengembalian kepada keadaan asal. Bermula dari kejadian luka dan berakhiri dengan pembentukan jaringan parut.
Terdapat 3 peringkat yang istimewa, bertindih, mempengaruhi dan bersambungan:-
(a.) Inflammasi ( 0- 3 hari )
(b.) Pertumbuhan ( 3- 12 Hari )
(c.) Pembentukan ( 3 hari – 6 bulan)

Apakah akibat jika proses pemulihan dilambatkan ?
(a.) Risiko serangan bakteria yang tinggi
(b.) Mencetuskan inflamasi kronik
(c.) Pembentukan parut yang abnormal

Sebaliknya, proses pemulihan yang cepat mengurangkan risiko serangan bakteria, bengkak dan pembentukan parut yang abnormal.